WhatsApp-Image-2019-05-21-at-12.13.50.jpeg

Alhamdulillah, Bushra Al Birr sekali lagi berpeluang untuk mengadakan program memasak bubur lambuk pada hari Ahad 19.05.19. Pada kali ini, Bushra Al Birr menggunakan tenaga kerja kakitangan Bushra sendiri dalam menjayakan program ini. 10KG beras digunakan untuk 300 bungkus bubur lambuk untuk diedarkan kepada Asnaf dibawah Bushra, penduduk sekitar Ken Rimba dan tempat-tempat lain.

Program bermula seawal jam 9 pagi dan siap memasak bubur lambuk pada jam 2 petang. Pada jam 11.30 pagi hingga 12.30 tengahari, para asnaf menghadiri kelas pengajian mingguan Ahad yang dikendalikan oleh Ustaz Azraie dengan tajuk Kelebihan Malam Al-Qadr.

Edaran bubur lambuk dimulakan selepas Solat Zuhur, pada jam 2 petang sehingga 3 petang. Sebanyak 200 bungkus diedarkan kepada para Asnaf Ken Rimba dan selebihnya diedarkan kepada penduduk sekitar

Semoga Allah memberkati usaha para peserta program dan memberi ganjaran lipat kali ganda kepada para penyumbang untuk Program Bubur Lambuk 2019 ini

IMG-20190512-WA0008.jpg

Alhamdulillah, pada tahun ini Bushra Al Birr sekali lagi berpeluang untuk mengadakan program memasak bubur lambuk seperti tahun-tahun sebelumnya. Pada tahun ini, Bushra Al Birr bekerjasama dengan 3 buah Kelab Kereta Alza (Team Alza) dalam menjayakan program ini. 20 KG beras digunakan untuk 500 bungkus bubur lambuk untuk diedarkan kepada Asnaf dibawah Bushra, penduduk sekitar Ken Rimba dan tempat-tempat lain.

Program bermula seawal jam 9 pagi dan siap memasak bubur lambuk pada jam 2 petang. Pada jam 11.30 pagi hingga 12.30 tengahari, para asnaf dan sebahagian dari Team Alza menghadiri kelas pengajian mingguan Ahad yang dikendalikan oleh Ustaz Yob dengan tajuk Persediaan Hari Kebangkitan.

Edaran bubur lambuk dimulakan selepas Solat Zuhur, pada jam 3 petang sehingga 4.30 petang. Sebanyak 200 bungkus diedarkan oleh pihak Bushra Al Birr, di Ken Rimba dan 300 bungkus diedarkan oleh Team Alza di tempat-tempat yang sudah mereka rancangkan.

Semoga Allah memberkati usaha para peserta program dan memberi ganjaran lipat kali ganda kepada para penyumbang untuk Program Bubur Lambuk 2019 ini.

WhatsApp-Image-2019-05-08-at-14.21.47.jpeg

Alhamdulillah, pada tahun ini Bushra Al Birr sekali lagi diberi rezeki oleh Allah untuk mengedarkan makanan iftar percuma berupa nasi berlauk dan air kotak kepada para asnaf dan masyarakat sekitar. Sebanyak 130 bungkus nasi disediakan setiap hari. Setiap keluarga mendapat 1-7 bungkus makanan bergantung kepada keaadan keluarga tersebut. Edaran dibuat bermula selepas Asar, sehingga jam 5.45 petang, dihadapan Restoran Dapur Terbakar. Semoga Allah memberi ganjaran berlipat kali ganda kepada para penyumbang dalam program Iftar Ramadhan 2019 ini.

 

17.jpg

Alhamdulillah.. pada 10 Februari 2019, Bushra Al Birr telah pun mengagihkan barang keperluan asas sumbangan bulanan kepada Asnaf sebentar tadi…sumbangan diserahkan oleh Ustaz Azraie selepas kelas pengajian…seramai 21 orang asnaf telah menerima sumbangan…
Semoga Allah membalas kebaikan kepada para penyumbang…
جزاكم الله خيرا

13.jpg

Alhamdulillah, pada 16 April 2019 sesi penyerahan buku BUSHRA Ihya Ramadhan kepada Nazir Masjid – En Jamaludin dan AJK masjid En Zaki berjalan lancar malam ini. Ucapan terima kasih dari pihak Masjid Pandamaran Jaya kepada pihak BUSHRA terutama Adi Ñegara Kamarudin dan En Awalludin atas sumbangan buku ini untuk dijadikan bahan pengajaran dlm tazkirah bulan ramadhan tahun ini.

Moga bermanfaat

14.jpg

Pada 14 April 2019, agihan makanan percuma berupa nasi berlauk dan air, yang dibekalkan oleh Restoran Dapur Terbakar. Jazaakumullah khairan diucapkan kepada sahabat yang telah menyumbang untuk makanan percuma setiap minggu. Sesungguhnya Allah pasti akan menggantikan dengan yang lebih baik, apa yang kita infaqkan.

Hubungi Kami


52, Jalan Lengkuas D16/D
Taman Ken Rimba, Seksyen 16
40200 Shah Alam, Selangor

Tel : 03-5524 6024
Email : sunnah@bushraalbirr.com

Online Infaq/Wakaf