PROGRAM INFAQ

  1. Bantuan Makanan Asas.

Antara aktiviti-aktiviti bulanan Al Birr adalah Sumbangan Bantuan Makanan Asas untuk para asnaf yang berdaftar dengan Al Birr. Setakat ini, jumlah asnaf yang berdaftar dengan Al Birr adalah seramai 20-25 buah keluarga dari sekitar Ken Rimba, Shah Alam. Makanan asas yang disumbangkan antaranya beras, tepung, gula, susu dan sebagainya.

Al Birr telah menetapkan syarat untuk menerima bantuan bulanan adalah dengan menghadiri Kuliah Khas Asnaf setiap hari Ahad. Hal ini adalah supaya para asnaf bukan sekadar dapat bantuan makanan, tetapi dapat juga ilmu-ilmu yang bersesuaian dengan usia dan keadaan mereka.

  1. Bantuan Makanan Percuma.

Al Birr juga membuat agihan nasi berlauk percuma untuk asnaf setiap hari Ahad yang ditempah dari restoran-restoran yang berhampiran.

  1. Program Infaq Ifthar Ramadhan.

Program Infaq Ifthar Ramadhan dijalankan pada bulan Ramadhan setiap tahun. Program ini mensasarkan 120 set makanan ifthar untuk 26 hari Ramadhan. Sasaran Al Birr untuk agihan makanan ifthar ini adalah asnaf, pelajar IPT dan penduduk sekitar Ken Rimba yang mungkin tiada makanan untuk ifthar pada hari-hari tersebut. Pada masa yang sama, Al Birr juga mengadakan aktiviti memasak Bubur Lambok bersama para asnaf sekurang-kurangnya 2 kali pada bulan Ramadhan.

Program-program infaq ini berjalan dengan hasil bantuan dan sumbangan infaq dari orang ramai tidak kira disekitar Ken Rimba, mahupun dari luar kawasan. Program makanan percuma ini berinspirasikan dari Hadits Rasulullah; Islam yang baik itu adalah yang Memberi Makan dan Memberi Salam kepada yang kamu kenal dan kamu tidak kenal.