Program Bubur Lambuk 2.0 14 Ramadhan 1440H (19.05.19)

Alhamdulillah, Bushra Al Birr sekali lagi berpeluang untuk mengadakan program memasak bubur lambuk pada hari Ahad 19.05.19. Pada kali ini, Bushra Al Birr menggunakan tenaga kerja kakitangan Bushra sendiri dalam menjayakan program ini. 10KG beras digunakan untuk 300 bungkus bubur lambuk untuk diedarkan kepada Asnaf dibawah Bushra, penduduk sekitar Ken Rimba dan tempat-tempat lain.

Program bermula seawal jam 9 pagi dan siap memasak bubur lambuk pada jam 2 petang. Pada jam 11.30 pagi hingga 12.30 tengahari, para asnaf menghadiri kelas pengajian mingguan Ahad yang dikendalikan oleh Ustaz Azraie dengan tajuk Kelebihan Malam Al-Qadr.

Edaran bubur lambuk dimulakan selepas Solat Zuhur, pada jam 2 petang sehingga 3 petang. Sebanyak 200 bungkus diedarkan kepada para Asnaf Ken Rimba dan selebihnya diedarkan kepada penduduk sekitar

Semoga Allah memberkati usaha para peserta program dan memberi ganjaran lipat kali ganda kepada para penyumbang untuk Program Bubur Lambuk 2019 ini


Hubungi Kami


52, Jalan Lengkuas D16/D
Taman Ken Rimba, Seksyen 16
40200 Shah Alam, Selangor

Tel : 03-5524 6024
Email : sunnah@bushraalbirr.com

Online Infaq/Wakaf