Program Bubur Lambuk 1.0 7 Ramadhan 1440H (12.05.19)

Alhamdulillah, pada tahun ini Bushra Al Birr sekali lagi berpeluang untuk mengadakan program memasak bubur lambuk seperti tahun-tahun sebelumnya. Pada tahun ini, Bushra Al Birr bekerjasama dengan 3 buah Kelab Kereta Alza (Team Alza) dalam menjayakan program ini. 20 KG beras digunakan untuk 500 bungkus bubur lambuk untuk diedarkan kepada Asnaf dibawah Bushra, penduduk sekitar Ken Rimba dan tempat-tempat lain.

Program bermula seawal jam 9 pagi dan siap memasak bubur lambuk pada jam 2 petang. Pada jam 11.30 pagi hingga 12.30 tengahari, para asnaf dan sebahagian dari Team Alza menghadiri kelas pengajian mingguan Ahad yang dikendalikan oleh Ustaz Yob dengan tajuk Persediaan Hari Kebangkitan.

Edaran bubur lambuk dimulakan selepas Solat Zuhur, pada jam 3 petang sehingga 4.30 petang. Sebanyak 200 bungkus diedarkan oleh pihak Bushra Al Birr, di Ken Rimba dan 300 bungkus diedarkan oleh Team Alza di tempat-tempat yang sudah mereka rancangkan.

Semoga Allah memberkati usaha para peserta program dan memberi ganjaran lipat kali ganda kepada para penyumbang untuk Program Bubur Lambuk 2019 ini.


Hubungi Kami


52, Jalan Lengkuas D16/D
Taman Ken Rimba, Seksyen 16
40200 Shah Alam, Selangor

Tel : 03-5524 6024
Email : sunnah@bushraalbirr.com

Online Infaq/Wakaf