BATC merupakan sebuah syarikat yang mempunyai misi utama iaitu menjana dan mengumpul dana bagi tujuan kerja-kerja kebajikan yang telah di anjurkan oleh pihak syarikat. Ia juga menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti bilik latihan untuk di sewa serta menganjurkan pelbagai latihan dan kelas-kelas keagamaan seperti:-


  • Perkhidmatan latihan berbentuk modal ilmu islam
  • Penganjuran seminar ilmiah
  • Penganjuran bengkel pembangunan insan
  • Penganjuran kelas mengaji Al-Quran bertalaqqi


BATC juga menyediakan kelas-kelas pengajian secara percuma kepada golongan asnaf di kawasan Ken Rimba, Shah Alam. Setiap asnaf yang menghadiri kelas tersebut akan mendapat vbantuan bulanan asnaf berupa bekalan makanan kering yang bernilai Rm100 setiap keluarga. Setakat ini seramai 31 orang asnaf sudah berdaftar dengan BATC.