Al Birr juga menyediakan perkhidmatan waqaf bagi membuka peluang orang ramai berwaqaf sekali gus memupuk perasaan suka berwaqaf. Program waqaf yang dijalnkan oleh Al Birr adalah;

  1. Waqaf Al-Qur’an: Al Birr menyediakan khidmat waqaf Al-Qur’an yang bernilai RM30 dan RM15. Al-Qur’an tersebut akan diwaqafkan ke lokasi-lokasi yang diminta oleh pewaqaf, atau akan ditentukan sendiri oleh pihak Al Birr. Al Birr menginginkan masyarakat supaya tidak jauh dari Al-Qur’an dan program waqaf ini adalah salah satu caranya.
  2. Waqaf Kitab Terjemahan: Al Birr menyediakan Kitab-kitab terjemahan karya ulama’-ulama’ generasi awal untuk diwaqafkan ke institusi-institusi pengajian yang memerlukan, atau ditetapkan sendiri oleh pewaqaf. Contoh kitab terjemahan adalah, Shahih Al-Bukhari, Tafsir Ibn Katsir, Al-Umm, dan sebagainya. Telah menjadi aspirasi Al Birr melihat masyarakat dapat belajar dari kitab-kitab ulama’ terdahulu untuk mendapatkan kefahaman agama yang lebih bersih.
  3. Waqaf Buku Poket: Al Birr telah menerbitkan 7 buah tajuk buku poket dan beberapa risalah-risalah. Buku-buku poket Al Birr ini dibuat kelas pengajian secara bersiri dengan menjemput ustaz-ustaz untuk mensyarahkan buku-buku poket tersebut. Kos penerbitan buku-buku poket ini adalah hasil sumbangan waqaf orang ramai. 7 tajuk buku poket yang diterbitkan Al Birr adalah;
  • Laa Ilaaha Illa Allah Muhammadun Rasulullah
  • 70 Dalil: Prinsip Manhaj dan Aqidah
  • AL-Wara’: Jalan Meraih darjat Insan Bertaqwa
  • Etika Pedagang Muslim
  • Dosa-dosa Besar Penyebab Bencana
  • Fiqh Wudhu’ & Tayammum dan Tatacara Solat Orang Sakit
  • Surah Al-Kahfi: Terjemahan Perkata